Dari archive Ain Society
Finalis Qudwah Hasanah 2023
Encik Jumahri adalah ayah yang sangat prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya. Beliau akan mendapatkan contoh kertas soalan untuk anak-anaknya setiap tahun supaya mereka dapat mempersiapkan diri dengan baik sebelum peperiksaan
Jumahri Bin Jan
Umur: 76 Tahun
Pekerjaan: Pesara – Bekas Anggota Pasukan Polis Singapura (SPF)
Isteri: Sapiah bte Abu Sujak
Cahayamata:
- Nurulhuda binte Jumahri – 51 tahun: Jurutera (Engineer)
- Mohamad Sufian bin Jumahri – 48 tahun: Cikgu (Teacher)
- Rasidah binte Jumahri – 47 tahun: Superintendan di ICA. Logistik & Perolehan, Kementerian Dalam Negeri (Superintendant at ICA. Logistics & Procurement, Ministry of Home Affairs)
- Mohamad Zaki bin Jumahri – 38 tahun: Ketua, Undang-undang di NAC (Head, Legal at NAC)
Encik Jumahri adalah seorang ayah kepada empat orang anak. Beliau seorang bekas anggota Pasukan Polis Singapura. Selepas bersara beliau pernah bekerja sambilan sebagai pemandu bas dan juga bekas pemandu teksi.

Sebagai seorang ayah, harapan Encik Jumahri ialah ingin salah satu dari anakya menjadi ahli politik yang disegani oleh masyarakat Islam. Beliau juga menerapkan sifat-sifat kejujuran kepada anak-anaknya sejak kecil lagi kerana beliau percaya ini ialah sifat yang sangat disanjungi.
Sudah semestinya setiap bapa ingin melihat anak-anak mereka berjaya. Begitu juga En Jumahri, untuk kearah itu, beliau sebagai bapa merasakan ia adalah tanggungjawabnya untuk mempersiapkan persiapan sekolah untuk anak-anak. Beliau akan memastikan anak-anaknya sudah membuat persiapan selangkah lebih awal untuk persekolahan mereka. Sebagai contah beliau akan berusaha mendapatkan contoh kertas soalan untuk anak-anaknya setiap tahun sebelum persekolahan dibuka dan juga persiapan awal untuk peperiksaan. Usaha gigih dan dedikasi beliau ini telah membuahkan hasil apabila mereka diterima masuk ke sekolah yang berprestij seperti Sekolah Menengah Perempuan Tanjong Katong, Institut Raffles dan Maktab Rendah Raffles. Sebagai seorang bapa, Encik Jumahri memberikan kebebasan kepada anak-anaknya untuk memilih laluan kerjaya mereka.

“Antara salah satu nasihat yang Encik Jumahri ingin tekankan kepada para ibubapa diluar sana ialah untuk tidak mendesak anak anak menuntut ilmu mengikut pilihan sendiri dan untuk memberi peluang kepada mereka”
Namun, beliau akan memastikan serta akan memberi nasihat kepada mereka apa yang terbaik ketika mereka sedang memilih universiti dan kursus yang sesuai. Begitu juga sekarang, walaupun mereka sudah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing, Encik Jumahri akan sentiasa terus memberi nasihat tentang perancangan kewangan dan peri pentingnya pembelajaran.

Dedikasi Encik Jumahri untuk memastikan keluarganya dapat hidup dengan selesa berterusan selepas beliau bersara dari Pasukan Polis Singapura. Beliau mengambil peluang ini untuk mendapatkan lesen kereta dan berkerja sebagai pemandu teksi sepenuh masa. Antara salah satu sebab Encik Jumahri bekerja selepas dia bersara adalah untuk mencari rezeki lebih untuk keluarganya dan memudahkan urusan keluarganya. Dengan kerjaya ini hubungan beliau dengan anak lelakinya semakin erat kerana dia dapat menghantar anaknya ke sekolah selama 4 tahun.
Meskipun beliau sibuk dengan kerjaya dan anak-anaknya, Encik Jumahri tidak lupa untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Beliau dan penduduk lain telah menubuhkan kumpulan masyarakat di Choa Chu Kang, ‘Lima Kejiranan 5K’ dengan tujuan untuk membantu keluarga penduduk sekiranya mereka ditimpa kemalangan dan kematian. Inisiatif ini juga telah membolehkan mereka untuk mendirikan acara-acara di dewan serbaguna seperti syarahan ugama.

Kini, kesemua anak-anaknya telah berjaya dalam bidang masing-masing. Anak pertamanya memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, NUS. Anak keduanya pula, memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, NUS. Manakala anak ketiganya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, SMU dan Sarjana Seni & Undang-undang Perniagaan dari Queen Mary University of London. Anak bungsunya pula mempunyai Sarjana Muda Komunikasi Massa, NTU.